Monday, September 10, 2012

Resipi sherpard pie





Last week my auntie buat open house...
So need to cook something nak bawak gi umah die...
End up with this sherpard pie...
Very easy and yet it's yummy!

Amik resipi ni from Kak ummi
But saye ade derhaka skit kar resipi original tuh :p

The recipe:

Bahan tumis:
2 biji bawang putih (potong dadu)
1 labu bawang besar (cincang halus)
Sedikit mix vege
1 paket 500 gram daging kisar (saye guna brand ramly)
1 kiub stok daging
1 sudu besar sos worcestershire (lea perrins) (saya tambah)
1 sudu lada sulah
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan secawan air
1/2 sudu lada hitam
2 sudu minyak masak (untuk menumis)
Sedikit garam

Cara masak:
1) Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2) Masukkan daging dan sos worcestershire. kacau rata hingga daging masak.
4) Masukkan mix vege dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
5) Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
6)Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api. Biar daging lembap2 sikit so nanti bile bakar die tak dry sangat...then ketepikan biar sejuk..
7) Sediakan bahan untuk membuat pie pula...




Bahan pie:
1) 4 biji kentang russet (us potatoes) - dipotong kecil-kecil
2) 1/2 cawan susu segar
3) 2 sudu makan mentega
4) 1 sudu teh serbuk lada sulah
5) 2 sudu cream cheese (saye tambah)
Air untuk merebus kentang secukupnya dan sedikit garam

Cara masak:
1) Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
2) Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
3) Gaulkan dengan susu segar - tuangkan susu sedikit-sedikit, serbuk lada sulah, mentega dan cream cheese.

Cara sediakan sherpard pie:
1) Masukkan inti daging tadi dan tekan2 sikit daging biar rata & padat dalam bekas
2) letakkan adunan pie (kentang) tadi ke atas daging tu hingga menutupi daging
4) ratakan topping pie tadi dengan garpu...tekan2 sikit kasik macam bercorak2 gitu...kalau nak lagi tempting, pukul telur kuning and sapukan sikit atas topping tu..
3) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 190C selama 40 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
4) Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....
5) ngapppppp la terus pastu...seriusly yummy!




- Posted using BlogPress from my iPad2

3 comments:

CaDLyNN said...

wow..da rajin masak :p

iietamalek said...

mmg nmpak yummy...

ieza said...

mazlyn- hahaha sementara tgh rajin nih bole la, sat gi mood malas memang masak kat kedai aje wahaha

iieta- memang sodap! hehe