Sunday, September 2, 2012

Resipi udang goreng daun kesum

Tibe2 teringin nak makan udang....
Then terjumpe plak resipi udang best + simple from Kak ina

Macam sedap, so balik umah saye terus try...
Memang sedap + simple jek nak dimasak...
Memang recommended lah, wajib try hehe..




Resipi nye:

Bahan:
10 ekor udang size besar


Bahan perap:
1 sudu kecil serbuk cili (x ade serbuk cili so ganti ngan 1 sudu besar cili boh)
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan cincang:
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih (x ade so saye x letak)
1 tangkai kecil daun kari
1 biji cili merah (saye tukar dengan 1/2 sudu besar cili boh)
1 biji bawang besar
Sedikit air (saye tambah sebab saye suke lauk lembap2 sikit)
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya
2. Gaulkan udang bersama bahan perap dan biarkan seketika.
3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak. (saye goreng kejap jek) Angkat dan toskan minyaknya.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar sahaja. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga agak garing. Tambah sikit air.
5. Masukkan cili boh diikuti daun kesum dan daun kari.
6. Sentiasa kacau supaya tidak hangus. Goreng sehingga garing.
7. Masukkan semula udang dan gaul rata.


- Posted using BlogPress from my iPad

4 comments:

Reen Tart Nenas said...

owh boleh la cuba nie :) slalu goreng kunyit je pasal malas :p

Julie M Gumpil said...

ini mesti nak cuba.. saya kalau bukan masak sambal masak oyster sos.. Saje, blogwalking sempat juga baca beberapa entry.. Nanti singgah kat links i pulak k.. tq

ieza said...

Reen-,tryla mmg snang aje hihi
Julie- sy follow blog awak nnt :)

Rizal said...

daun kesum daun apa sih?