Thursday, February 12, 2015

Alfatihah untuk ayahnda Tuan Guru Nik Aziz





Sayu di pagi jumaat yang berkat ni..
Perginya seorang ulama' ternama, pemimpin yang zuhud yang menegakkan ajaran Islam, seorang murabbi...

Dia bukan ayah, bukan saudara malah bukan darah daging saya, tapi air mata saya mudah menitis sebab sedih atas permegian beliau..

Subhanallah, betapa mulia nya dia di hari ini, ramai ulama'2, orang2 soleh dan para pengikutnya berkumpul beramai2 bagi memberi penghormatan terakhir untuknya..

1 Malaysia barangkali menangisi pemergian mu wahai Tuan Guru Nik Aziz..

Betapa besarnya pengorbananmu selama ini, mungkin dipandang remeh bagi segilintir pemimpin yang rakus dengan duniawi..

Berapa ramai pemimpin malaysia yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam? Yang masih suci & jujur tanpa memakan duit hasil penat lelah rakyat?

Berehatlah kamu wahai ayahnda disana...
Penat lelah kamu semasa kamu hidup bagi menegakkan ajaran islam di Malaysia pasti besar ganjarannya, InsyaAllah..

Innalillah hiwarrojiun...
Semoga roh ayahnda Tuan Guru Nik Aziz dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
Alfatihah......


- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ieza,
Al Fatihah
betui2
setiap kali baca cerita pemergian tok guru mesti nak nanges